CERAMAH TERBARU

Saturday, January 28, 2012

Debat :Anwar Berjaya ‘Tikuskan’ PM Najib

"Calon Presiden Amerika selalu berdebat dalam kempen mereka. Najib dan Anwar juga perlu berdebat. Isu debat bermula apabila Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian meminta agar PM Najib dan Anwar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Merdeka Centre, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.



Sehingga kini kelihatan Anwar sudah menang dalam isu debat. Anwar menang mengagah dan mengacah Najib. Najib semakin menikus dan enggan menjawab, Anwar makin garang mencabar.
“Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit.” Cadangan terbaru debat antara mereka yang dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.
“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat. Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat”, kata Anwar sebelum ini.
Tun Mahathir berkata debat antara Najib dan Anwar tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing. Tun berkata debat hanya diadakan sekiranya Anwar sependapat dengan kerajaan.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini. Sejak bila Ahmad Maslan mengambil berat tentang budaya?
Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek berkata, idea debat antara Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak tidak relevan. Menurut beliau, debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri.
“Misalnya seperti isu video, apakah video yang ditayangkan itu Anwar, memang itu isu peribadi, tapi sebab itu kepentingan umum, jadi perlulah buat. Apa-apa pun perlulah dipertimbangkan sebaiknya,” katanya Sabery yang berminat dengan video lucah rekaan berbanding dengan isu negara.
Selepas ini tentu Anwar makin galak mencabar kerana PM semakin menikus.

No comments:

Post a Comment