CERAMAH TERBARU

Sunday, January 29, 2012

Tulisan Jawi cina dok kalut...Amno???? ada aku kesah?


KYOUNG SEOK melahirkan kebimbangan terhadap nasib tulisan jawi di negara ini.

KUALA LUMPUR - Seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.
Menurutnya, tulisan jawi sedang 'tenat' dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.
"Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

PERKASA BERLAGAK TAK KENA GAYA

RAKYAT Malaysia Berbangsa Cina "Di Hina" Pada Hari Terbuka CNY Oleh PERKASA

Rata-rata RAKYAT M'sia berbangsa Cina dimalukan oleh Presiden PERKASA dengan pemberian "angpow" berwarna "PUTIH" !

Jelas menunjukkan Ibrahin Ali tidak sensitif dengan adat & budaya bangsa Cina sewaktu menyambut Tahun Baru Cina.

PERKASA masih ingin menunjukkan bahawa mereka tetap "rasict" dalam diam ?

Hasan ali: tak masuk mesyuarat sbb tu tak paham.



Kat sini aku nak bagi paham kenapa PAS tak sertai HIMPUNAN Sejuta Ummat... itulah akibatnya bila meeting PAS tak dihadirinya... dia yang tak paham dikatakannya PAS yang tak paham.... itu yang aku kurang paham....

so sekarang mungkin Hasan lebih paham... atau sapa2 yang dok sokong kuat sangat Hasan Ali boleh paham le kenapa PAS tak sertai HIMPUNAN Sejuta Ummah.... jangan salahkan PAS... salahkan diri sendiri sebab tak hadir meeting.....huhuhuhuhuh

Sent from Samsung Galaxy Note

Antara program raja lawak dgn PR13


Raja lawak pembuka jalan artis menyertai parti politik. Bob lokman,afdlin boboy dan ramai lagi antara meraka yang menyertai parti politik selepas melakukan sesuatu dgn raja lawak, kenapa program2 tv lain tak berapa nak memberi impak dlm dunia politik.kot kot lah aznil haji nawawi dari program terkenal astro mengumumkan menyertai mana2 politik. Kenapa hanya di raja lawak eh? Penerbitnya org politik ke?

Sent from Samsung Galaxy Note

Saturday, January 28, 2012

ANTARA IMAN DAN LAGHA

MANA SATU PILHAN ANDA PADA MALAM INI????

VIDEO SEKS II 13/10/11 BUATAN THAILAND..KANTOI!!!.DSAI BERADA DIKL KETIKA ITU.!!!


VIDEO SEKS II DATUK 'T' PRODUCTION KANTOI!!.....
Semalam ada sebuah blog telah memetik tulisan dari sebuah blog rakannya yang menyatakan Anwar Ibrahim tidak berada di Bangkok pada tarikh video seks II yang dikatakan dirakam pada 12 & 13 Januari tahun lepas.

Blog tersebut mendakwa Anwar berada di Indonesia. Namun ia tidak dapat memberikan butiran lanjut.

Namun selepas di semak semula, sebenarnya, Anwar tidak berada di Bangkok maupun di Indonesia pada tarikh berkenaan tetapi berada di Kuala Lumpur.

Berikut ialah pendedahan yang berjaya dibongkar!!!!

Bukti: Rancangan Trio Dato T Kantoi Lagi!!


Makin hari umno makin terdesak, videonya dah siap, tapi ada kesilapan tarikh berlaku pada rakaman tersebut! Macamana agaknya mereka hendak membetulkan balik? Inilah bukti yang paling jelas menunjukkan DSAI tidak berada di Bangkok pada waktu yang dikatakan oleh Trio Dato T tersebut!


Ini bukti sahih ! DSAI dijadualkan berada di Majlis Sidang Media Pakatan Rakyat berlangsung pada 13/1/11(Khamis) di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur!


BUKTI SAHIH! URL HARAHDAILY TARIKH, TEMPAT MENGESAHKAN DSAI BERADA DI KUALA LUMPUR PADA 13/1/11!



TERNYATA TRIO T GAGAL MENGHERET ANWAR KEDALAM RANCANGAN MEREKA DIHARAP PEMBACA DAPAT MEMBEZAKAN SAMADA KEBENARAN ITU DITUNTUT DARI TUDUHAN SEMBRONO HENTAM KROMO ATAU MENGIKUT TATACARA HUKUM ALLAH S.W.T......


"MANUSIA MERANCANG,ALLAH JUGA MERANCANG,SEBAIK-BAIK PERANCANGAN
ADALAH PERANCANGAN ALLAH"

Pstttttt.....kisah ugut dan gertak nak siarkan video seks II ni cerita lama.. tapi masih senyap.. sekarang dah kantoi, bila nak panggil press statement nak perbetulkan tarikh?....kwah kwah kwah...belum apa-apa dah kantoi!!!.. dulu kiisah jam Omega.... bila waktu perbicaraan melaon bangsat Datuk "T"... langsung tak sentuh dan sebut jam Omega...LAGI DIFITNAH LAGI RAKYAT AMARAH....LAGI DIFITNAH LAGI KUAT AZAM RAKYAT MAUKAN UMNO REBAH!!!...JOM UBAH!!!

NAJIB PAKSA "RELA"

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 



Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya

PAKATAN JGN HARAP NAK TAWAN PERAK BALIK

Rumah terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Sitiawan

(utusan malaysia)
21/01/2012 7:09pm

JELEBU 21 Jan. — Kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam dijangka hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 di Sitiawan, Perak, pada 28 Jan. ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata majlis sambutan yang dijangka paling hebat itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Perayaan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina itu anjuran kementerian adalah yang paling hebat dan kami menduga mungkin hampir 40,000 ke 50,000 orang akan bersama-sama.
"Di situ semua pemimpin terutama dari parti MCA akan bersama-sama Perdana Menteri dan kami akan mempunyai satu kumpulan besar di mana kita akan meraih perasaan cintakan budaya masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di pekan Titi, di sini hari ini. — BERNAMA

-dari bloger umno -
TGK PADA KEHADIARAN MEMANG MENAKUTKAN, TAPI ADA CERITA SEBALIKNYA...


-dari risikan rakyat-
KALAU TGK PADA SAMBUTAN MASYARAKAT CINA DI RUMAH TERBUKA NIH, JGN HARAPLA PAKATAN NAK AMBIK BALIK PERAK, SEKALI TAKTIK HANGKUT, UPAH BERATUS2 BAS, MASIH LAGI MENJADI TRADISI UMNO & BN APABILA ORANG BESAR DEPA NAK MAI,

TAK PERLU LAH RISAU, KALAU HANGPA BACA UTUSAN, TGK TV3 HANGPA KENA BACA ATAU TGK DGN CARA KALIH PEMIKIRAN,

BUS  DGN UMNO CUKUP SERASI DI SETIAP EVENT MEREKA,

KANDANG KAMBING ATAU SEKOLAH?

Dalam suasana orang atasan hidup bermewah mewahan, masih ada lagi sekolah di negara kita yang berkeadaaan sedemikian?

slogan "rakyat di dahulukan" boleh di buang ke selat melaka, ini sekolah tempat tumpuan pelajar untuk belajar,  apakan lagi rakyat perseorangan, saya percaya sekolah seperti ini bersepah di sabah dan sarawak, si negeri inilah diposit BN tersimpan, kalau di semenanjung mungkin masih ada di pendalaman pahang 

DI AMNA RAKYAT MEREMPAT DI SITU AMNO KUAT


ANAK MENTERI PATUT DI HANTAR KE SEKOLAH SEBEGINI, BUKAN INTERNATIONAL SCHOOL YANG BERHAWA DINGIN

SELAGI UMNO MEMERINTAH USAH DI HARAP KESEMPURNAAN AKAN BERLAKU DI MASA AKAN DATANG, SELAGI RASUAH BERMAHARAJA NYAWA ANAK ANDA DALAM BAHAYA,

TOLAK RASUAH, TOLAK BN

KALAU MCM NI SENYUMAN CINA PERAK.. ZAMRI TAK LENA MALAM

LAWATAN DS NIZAR KE PULAU PASIR HITAM, PERAK

DI JETI PULAU PASIR HITAM

SINGGAH MELAWAT BALAI POLIS UNTUK MENDENGAR MASALAH PENDUDUK,
MENYELAMI MASAALAH RAKYAT,
SAMBUTAN MASYARAKAT CINA LUAR BIASA
SIKAP PENYAYANG DS WALAU BERLAINAN BANGSA,
MENDENGAR MASALAH RAKYAT
SUMBANGAN DARI PAS 
SENYUMAN PERTANDA "ZAMRI TAK LAKU LAGI DI PERAK"
HARAPAN CERAH "INSYAALLAH PR13"

TERIMA KASIH Pas Taman Kuningsari

BEZA MENGUPAT & AIB ORANG (AMNO DGR BAIK BAIK)


UMNO KENA DENGAR DAN PAHAM BAIK2, JGN DOK JADI JAHIL MURAKKAB SGT, KENA ADA BEZA, ORG CERITA SIKIT HANGPA KATA KAMI BUAT DOSA, HANGPA DENGAR LEKLOK MANA BOLEH MANA YANG TAK BOLEH,

REJANIH MESTI HANGPA BELAJAQ DEKAT UMNO,



Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau tidak sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.

Kerja sapa ini?

Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.

Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.

Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulsan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13.

http://4.bp.blogspot.com/-z7Ao_0CDP1Y/TyK1bhI1R0I/AAAAAAAAF4U/V-aAtdk1v_s/s320/419386_272207759513638_182898551777893_717053_48561755_n.jpg
ini poster tersebut
http://al-brangionline.blogspot.com/2012/01/ust-nasa-buat-laporan-polismanakala.html

Debat :Anwar Berjaya ‘Tikuskan’ PM Najib

"Calon Presiden Amerika selalu berdebat dalam kempen mereka. Najib dan Anwar juga perlu berdebat. Isu debat bermula apabila Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian meminta agar PM Najib dan Anwar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Merdeka Centre, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.



Sehingga kini kelihatan Anwar sudah menang dalam isu debat. Anwar menang mengagah dan mengacah Najib. Najib semakin menikus dan enggan menjawab, Anwar makin garang mencabar.
“Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit.” Cadangan terbaru debat antara mereka yang dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.
“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat. Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat”, kata Anwar sebelum ini.
Tun Mahathir berkata debat antara Najib dan Anwar tidak perlu diadakan kerana tidak mengubah pendirian masing-masing. Tun berkata debat hanya diadakan sekiranya Anwar sependapat dengan kerajaan.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini. Sejak bila Ahmad Maslan mengambil berat tentang budaya?
Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek berkata, idea debat antara Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak tidak relevan. Menurut beliau, debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri.
“Misalnya seperti isu video, apakah video yang ditayangkan itu Anwar, memang itu isu peribadi, tapi sebab itu kepentingan umum, jadi perlulah buat. Apa-apa pun perlulah dipertimbangkan sebaiknya,” katanya Sabery yang berminat dengan video lucah rekaan berbanding dengan isu negara.
Selepas ini tentu Anwar makin galak mencabar kerana PM semakin menikus.

Friday, January 27, 2012

PERBANDINGAN BN & PAKATAN YANG BUAT BOS UMNO SAKIT PERUT

Perbandingan AMNO dan Pakatan memerintah, ada perbezaan ketara yang dapat anda lihat, tapi masih ada lagi yang jahil, aku rasa kalau PAKATAN di beri peluang mentakbir dalam tempoh 5 tahun akan datang di PUTRAJAYA,  PAKATAN akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dalam tempoh waktu yang pantas,

BACA BAIK2 PERBADINGAN YANG KETARA WAHAI RAKYAT MALAYSIA, SIAPA YANG BAGUS MENTAKBIR DAN YANG BODOH DALAM PENTAKBIRAN

BUKAN UNTUK KITA, TETAPI UNTUK ANAK KITA, NEGARA BEBAS RASUAH INSYAALAH TERHINDAR DARI BALA TUHAN YANG AMAT MENYAKITKAN.

"PEJUANG MUDA"

TAPAK RUMAH UNTUK RAKYAT, PAKATAN YAKIN BOLEH BUAT

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
PAS komited dengan janji untuk menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang belum mempunyai rumah dan menyelesaikan masalah tanah yang telah diusahakan puluhan tahun belum mendapat hak milik.











Azam, niat ikhlas dan keyakinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang bukan lahir dari angan-angan atau dibuat tanpa asas, tetapi setelah hasil kajian mendalam oleh pelbagai pihak.

PR yakin dengan tindakan bersepadu antara semua agensi berkaitan, kita mampu mengatasi masalah tapak rumah dan isu tanah yang menjadi isu utama rakyat.
Segalanya bermula dengan niat dan kesungguhan, dengan niat dan kesungguhan, barulah jalan baru akan ditempohi dan dicari sehingga mencapai hasrat yang diinginkan. Jika tanpa niat dan kesungguhan, mustahil kini manusia dapat menikmati kemudahan kapal terbang dan juga menjelajah ke bulan.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, PR telah membuat keputusan untuk membuka Felda plantation seluas 143,000 hektar di Pahang untuk membolehkan pemberian tanah dan tapak rumah kepada lebih 40,000 orang peneroka.
Disebabkan adanya niat dan kesungguhan tersebut, PR juga telah memikirkan cara untuk membuka kawasan penempatan baru, dan pemberian hak milik kepada penduduk yang mendiami tanah tol sebagai tapak rumah.
Namun, harus diingatkan, apa yang mustahil di zaman BN, tidak semestinya mustahil di zaman PR? Sebagai contoh, pemberian tanah kepada rakyat ketika PAS memerintah Terengganu dan juga pemberian air percuma di Selangor, yang didakwa BN bakal membangkrapkan negeri terkaya tersebut – semua dapat dilaksanakan atas niat dan kesungguhan PR.
Sudah semestinya, bagi pihak berkuasa yang tiada mempunyai niat dan kesungguhan sedemikian, mereka pasti melihat perkara ini sebagai mustahil dilaksanakan dan ancaman kepada kekuasaan mereka.
PR akui bukan mudah untuk memberi tanah kepada semua penduduk 1.5 juta Pahang; dan buat masa ini, mungkin ia dilihat sebagai di luar kemampuan. Akan tetapi, dengan niat, azam dan kemampuan mentadbir PR, kita yakin mampu menyelesaikan sebahagian masalah tapak rumah untuk rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah tapak rumah.
Sebagai perbandingan mudah, dalam isu Felda, seperti yang tertera di dalam buku Jingga, PR berjanji untuk memasukkan peneroka di semua ladang Felda berbanding kerajaan BN yang secara sewenang-wenangnya bersetuju memajak ladang kepada FGV selama 99 tahun tanpa memikirkan nasib peneroka.
Kalau kerajaan Pahang Barisan Nasional yang diketuai Adnan sanggup memberikan ribuan hektar tanah kepada pelbagai pihak sama ada perladangan, perkilangan atau pelancongan, malah tanah kepada tapak kepada sebuah kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membawa bala besar kepada rakyat Kuantan dan Gebeng – mampukah PR memberikan tapak rumah kepada rakyat?
Sudah tentu ya! Walaupun ada niat dan kesungguhan daripada pihak PR, semuanya tidak akan terjadi tanpa niat dan kesungguhan rakyat Pahang untuk berubah. Ayuh rakyat Pahang, berubahlah ke zaman PR untuk ‘Selamatkan Pahang!”
Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Ketua Penerangan PAS Pusat
Pesuruhjaya PAS Pahang

AMBIK KAU!!!! UMNO CAKAP HEBAT SGT, MANA SAMSENG GEMUK UMNO, TERKUCIL?

Oleh: WFAUZDIN NS 

MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku. Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut.

Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno. Apakah mereka ingat kita takut? Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat.

Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ. YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu. Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah. Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini.

Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja. Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian. Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu. Benarkah?

Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi; Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU.

Ini ceramah UMNO.....

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
Di bawah ini Ceramah Pakatan Rakyat. Ini baru YB Nurul Izzah sahaja yang tampil.....





keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki

melimpah keluar


Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com

Thursday, January 26, 2012

PR13 KALAU MASIH UMNO PERINTA, HABIS RIZAB MELAYU

WAJIB BACA !!!! BEKAS OCPD DEDAH KEJAHATAN UMNO



Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar 

Saya petik:
[BPS] DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,
 

“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujarnya.
 

Haji Abdullah berkata PAS bukan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh].Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.
 

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.
 

“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, “melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.
 


Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.
 

Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’.

Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.
 

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

FAKTA!!! Johor dalam bahaya bagi BN , PRU 13 mungkin lewat

FAKTA!!! Johor dalam bahaya bagi BN , PRU 13 mungkin lewat

http://www.umnojb.com.my/johor.gifKetika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.
Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.
Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.
Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.
Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.
Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.
Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.
Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih 50-50
Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.
Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusiyang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.
Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .
Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?
Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundiMelayu di bawah 50 %. 19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.
DUN : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Jementah
2. Tenang
3. Bekok
4. Tangkak
5. Bentayan (DAP)
6. Yong Peng
7. Pengaram
8. Layang-Layang
9. Paloh
10. Puteri Wangsa
11. Johor Jaya
12. Stulang
13. Pangkalan Ranting
14. Skudai (DAP)
15. Nusa Jaya
16. Bukit Batu
17. Senai (DAP)
18. Mengkibol (DAP)
19. Pekan Nanas
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Segamat
2. Labis
3. Bakri
4. Tebrau
5. Pasir Gudang
6. Gelang Patah
7. Kulai
8. Kluang
Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.
28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.
DUN : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Buluh Kasap
2. Pemanis
3. Sg. Abong (PAS)
4. Maharani (PAS)
5. Tiram
6. Permas
7. Kempas
8. Bukit Permai
9. Mahkota
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Sekijang
2. Ledang
3. Batu Pahat
4. Simpang Rengam
5. Sembrong
6. Johor Bahru
7. Pulai
8. Tanjung Piai
Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.
PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.
DUN : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Kamelah
2. Jorak
3. Gambir
4. Bukit Naning
5. Parit Yani
6. Sengarang
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Ayer Hitam
Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.
Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.
http://tulahan.blogspot.com/